Selamat Datang ke Sesawang MotivasiPelajarSuper.Com :
 
 
 
 
 
 

MOTIVASI PELAJAR SUPER

design_Solusi_Julai
E-mail Print PDF


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MOTIVASI PELAJAR SUPER adalah program yang berasaskan modul SuperStudy yang diasaskan oleh Tn Hj Fadzli Yusof yang telah dikendalikan sejak tahun 2005 di ratusan ratusan buah sekolah dan IPT, dengan puluhan ribu pelajar yang telah menyertainya. Ia adalah program motivasi dan teknik belajar yang mudah, praktikal dan seronok untuk disertai. Adakah anda pernah mengalami masalah ini? :

 

Tiada Minat Belajar :

Ada pelajar yang perlu dipaksa dan dimarah-marah, barulah dia belajar. Ada pelajar yang merasakan bahawa belajar itu sungguh sukar dan menyakitkan. Di dalam kelas, mereka sukar memberikan perhatian, semasa study group mereka gemar bersembang.


Belajar, Tetapi Tidak Berkesan :

Seorang pelajar dan remaja bukan sahaja perlu belajar, tetapi mereka juga perlu belajar kaedah belajar yang betul. Alangkah ruginya jika seorang pelajar duduk selama 4 jam di meja belajar tetapi hanya faham 10% daripadanya ?

Ada pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh, tetapi tidak faham apa yang dipelajari. Ada pelajar yang faham semasa belajar, tetapi lupa setelah 3 hari dia belajar.

 


Belajar, Tetapi Keputusan Tidak Cemerlang :

Ada orang yang dapat mengingati dengan baik, tetapi markah keputusan peperiksaan masih lagi rendah dan tidak memuaskan. Apa silapnya? Apa yang patut pelajar lakukan? Bagaimana untuk mendapatkan A dalam peperiksaan ?

Cemerlang, Tetapi Akhlak Tidak Memuaskan :

Ada pelajar yang mendapat keputusan akademik yang tinggi, tetapi mempunyai sakhsiah yang rendah. Ada yang kurang berdisiplin, kurang adab dengan ibubapa dan guru, kurang rasa tanggungjawab, lemah ibadah, suka bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang negatif.

Banyak komen dan testimoni yang kami perolehi daripada para guru, ibubapa dan peserta tentang Program Motivasi Pelajar Super setelah melihat perubahan positif yang di luar jangkaan mereka sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Motivasi Pelajar Super, sila KLIK DI SINI.

Dan layari Facebook Superstudy DISINI